about entry bias link tumblr follow

Bad day happy day.

Wednesday, 13 March 2013 | 03:31 | 0 comments


Hai. Pagi tadi rasa tak selesa sangat lepas inject semalam. Dengan badan panasnya, dengan tangan rasa macam nak tercambut. Hmm. Rasa nak demam, pening kepala. Sampai sekolah dapat borak, dapat gelak, dapat gosip, dapat fangirling. Terus sihat. Hee.

Hari ni tumpang kelas 4 Iltizam. Kelas tu dekat dengan tandas lelaki. Huaaa. Tahu ajelah bau macam mana. dengan kelasnya kotor. Meja tak bersusun kemas. Aaaaa. I almost die there. Macam biasa aina mesti duduk depan meja guru. Anak murid yang baikkan? Hee. Dekat kelas tu ada orang conteng tau. Dia cakap..

H : Hanya
A : Aku 
C : Comel
K : Kau 
S : Serabai

Aina, zamira dgn nad baca memang dah gelak gelak dah. Sakai gitu ayat dia. Haih. 

Lepas tu waktu pendidikan jasmani pendidikan kesihatan lawak. Cikgu nak bagi kertas periksa. Lepas tu tetiba aje cikgu sebut ' Siti ". Kita orang dah pelik. Siti mana sesat dalam kelas pulak ni. Cikgu tetiba sengih sengih gelak. Kitaorang dah pelik, sekali cikgu bagi nad dgn zamira baca nama tuan punya kertas tu. Diaorang pulak tetiba gelak. Aina tengok kertas tu. Bila baca nama tuan punya kertas tu, 'Shri Ruben'. Memang nad, zamira, dgn aina dah gelak gelak. Ya allah. Hahaha. Macam mana budak indian tu boleh jadi siti? Buat lawak betul..

Tengok jam, 1432 hours. Waaaaa. Rasa nak nangis. Malas nya pergi koko. Aina duk repeat Vixx tv ep 39. Dorang sooooo comelll. Tapi nasib baik lah ada rewards kalau pergi sana. Nad nak bluetooth gambar hongbin. Gif. Comell gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Okey, back to our topic. Lepas amik borang kehadiran, isi borang lepas tu ada yang tanya cikgu aktiviti hari ni apa. Cikgu said kawad kaki. Aina rasa macam nak balik aje. Tahu tak satu jam setengah kawad tanap rehat? Huuu. Lenguh kaki. Nasib baik tuisyen hari ni satu kelas aje. Haih. 

Bila balik tu selisih dengan sorang fanboy hensem baik comel. Siap pakai baju infinite tu. Jelly zam. Hahah. Tapi nad cakap tu bukan official punya. Hmm biarlah. Bila nak pergi kantin, terserempak pulak dengan abang yang comel comel cem cem rambut pacak. Aina jalan macam biasa aje, tapi abang tu macam ngelak nak lalu sebelah aina. Hmm biarlah, perasaan aina aje kut. Kut kut dia nak bagi jalan. Cehh, kalau zamira baca sure dia muntah hijau.

Sampai kantin tengok acik kantin tengah mengemop lantai, rasa serba salah gak nak lalu. Lepas tu aina buat isyarat dekat sorang acik tu, sebab dia pandang aje aina. Aina tanyalah bukak ke tak kantin. Lepas tu tahu tak dia buat apa? Dia jeling aina. Jeling tahu tak. Jeling. Ya allah rasa nak lempang aje acik tu. Rasa macam nak jerit, "Aku takkan beli lagi dekat kantin ni". Tapi nanti kalau aina kebulur aina nak makan dekat mana? Huu. Macam lah dia tu cantik sangat. Ughhhhhh, fck you.

Beli nak pergi bus stop, nad tanya aina block ex aina dekat twitter? Sebab ex aina tweet, "Kisah apa siaa kau block aku -,-". Hmm, aina dah agak yang dia akan tweet pasal orang block dia. Entah, aina rasa macam tak selesa pulak bila baca tweet dia, jumpa makwe dialah, rindu lah, done otp lah. Aina sakit hati. Bukan sebab apa. Mira kawan aina couple dengan ex aina. Rasa macam sakai? Apa tah faaiqah cakap kat sekolah tadi. Ughhh. You. Away. From. Me.



Note: Aina pun nak bahagia. Ahahah. Failed.







blossom;