about entry bias link tumblr follow

Sewaktu kecil.

Saturday, 13 October 2012 | 08:18 | 0 comments


















#Cerita1

    Dulu waktu aina darjah satu, aina ketua kelas. Ehh aina garang tau. Hahaha gurau aje. Waktu bulan mac, ada seorang pelajar baru masuk kelas aina. India, perempuan. Aina tak ingat nama dia. Waktu tu aina memang anti gila dengan india. Dia manja, mak dia teman dia dekat sekolah dari datang sekolah sampai balik sekolah. Lebih kurang dua minggu lah jugak mak dia tunggu dia. Berdiri aje depan kelas tengok anak dia. Aina geram sangat dengan dia tu. Aina rimas bila mak dia asyik duduk depan kelas aje.   
   So, aina buli dia habis-habisan. Aina suka cubit dia, jangan salah faham aina tak adalah cubit dia sampai lebam. Cubit gitu-gitu aje. Walaupun dia tak buat salah, aina still cubit dia. Aina suka marah dia, kalau dia bangun dari tempat duduk dia, aina jerit suruh dia duduk. 
   Aina pernah lah jugak kena marah dengan mak dia sebab buli anak dia. Aina boleh buat tak tahu, mak dia marah pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aina still buli, marah, cubit dia. Jahatkan aina? Hahaha. Adalah satu hari tu, cikgu buat aktiviti. Pelajar kena duduk dalam barisan. Jarak aina dengan dia  selang satu kerusi aje. Tiba-tiba aina ternampak macam ada air mengalir keluar dari pinafore dia dan lantai. Macam dia kencing dalam seluar. Tapi aina tak tahu yang dia kencing dalam seluar atau tak sebab dia tgh minum air. Mungkin air tumpah. Tapi bila aina perhatikan betul-betul memang air yang dia minum tu sikit pun tak tumpah. Lepas tu aina jerit kuat-kuat.
  
       "Cikgu, dia kencing dalam seluar!" Aina tunding jari dekat pelajar india perempuan tu. 

       "Mana ada cikgu. Air tumpah." Ujar budak india tu sambil tunjuk botol air.

       "Mana ada cikgu. Dia tipu cikgu." Ujar aina bersungguh-sungguh.

       "Takpe lah. Cikgu bawa dia ke tandas. Aina, tolong jaga kelas ye. Pastikan kelas tidak bising." Cikgu terus bawa budak india tu ke tandas.

   Waktu tu aina memang seronok gila sebab dapat kenakan budak india tu. Waktu dia masuk kelas, habis dia kena ejek dengan pelajar satu kelas. Dia malu, mak dia yang dekat luar tu tengok aje anak dia yang tengah malu kena ejek. Kesian-kesian jugak, tapi nak buat macam mana. Dah anti, memang aina kenakan sampai habis la.
  Sejak kejadian tu, dia dah tak datang sekolah. Aina pun pelik. Lepas tu, guru kelas aina cakap yang dia dah berhenti sekolah. Budak india tu baru dua bulan lebih bersekolah dekat sekolah aina. Dah tak tahan kena buli lah tu. Bila aina ingat balik, Ya Allah, nakalnya aina. Jahat betul aina waktu tu. Moga dia maafkan apa yang aina dah buat dekat dia selama ni. Amin.


#Cerita2

  Waktu aina darjah 2, aina jadi ketua kelas lagi. Lepas tu guru kelas aina cakap dekat aina yang aina dah dua tahun berturut-turut jadi ketua kelas, boleh minta jadi pengawas sekolah. Aina apa lagi, seronok tak terkata. Aina bagitahu mak aina pasal tu. Mak aina seronok lah sebab anak dia seorang ni nak sangat jadi pengawas. Lepas tu, aina memang tak habis-habis tanya cikgu pasal bila cikgu nak mohon aina jadi pengawas. Cikgu cakap nanti dulu. Aina diam ajelah.
   Bila dah nak akhir tahun, mak aina tanya guru kelas aina yang aina jadi pengawas atau tak. Cikgu cakap, "Saya dah cakap dengan cikgu 'pengawas'. Cuba rujuk hal ini dipejabat nanti.". Bila mak aina pergi pejabat jumpa cikgu, cikgu cakap nama aina takde dalam calon pengawas. Aina sedih sangat waktu tu. Sampai cikgu pun pujuk aina yang gedik ni. Lepas tu, cikgu pujuk cikgu yang menyelia tentang hal calon pengawas untuk masukkan nama aina. Jadi, aina diterima jadi pengawas secara rasminya. Tapi sekarang ni aina insaf tak nak jadi pengawas. Ketat sangat peraturan. Tak boleh buat itu ini.


Note: 2013, aina akan berhenti jadi pengawas. Yeaaaaaa! ;3








blossom;